Profil Syarikat

Daulah Holding Sdn. Bhd. adalah syarikat yang ditubuhkan pada 21 November 2016 oleh Tuan Syed Fuad bin Syed Othman. Di bawahnya terdapat beberapa anak syarikat lain yang terdiri daripada Daulah Educonsult Sdn. Bhd., Daulah Travel & Tours, Daulah Ilmi Plt, Lenswork Legacy, Daulah Media Group dan satu organisasi bukan keuntungan (NGO) dibawah pengurusan yang sama iaitu Yayasan Assegaff.

Daulah Educonsult Sdn. Bhd. mula beroperasi secara rasmi pada 17 Januari 2012.

Syarikat ini ditubuhkan setelah Tuan Syed Fuad pulang daripada penghijrahan beliau di Mesir. Antara perkhidmatan utama yang dijalankan oleh Daulah Educonsult adalah menyediakan perkhidmatan perundingan dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan lain yang turut ditawarkan termasuklah menguruskan dan mengendalikan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di luar negara seperti Mesir, Rusia, Poland, Indonesia, Turki, Bangladesh serta India dalam pelbagai jurusan yang diingini. Antara jurusan yang menjadi pilihan pelajar adalah Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Kejuruteraan Penerbangan, Pengajian Islam, dan sebagainya.

Laman web Daulah Educonsult Sdn. Bhd. adalah www.daulahmedic.com

Daulah Ilmi Plt mula beroperasi pada 21 April 2016.

Daulah Ilmi Plt adalah syarikat yang mengendalikan sebuah Kedai Buku Atas Talian dibawah nama Daulah Online Bookstore. Pemilihan untuk menubuhkan Kedai Buku berkonsepkan atas talian ini adalah bagi memudahkah masyarakat untuk mendapatkan buku-buku pilihan mereka dengan hanya beberapa klik pada butang tetikus atau dihujung jari. Di samping itu, objektif Daulah Ilmi Plt atau Daulah Online Bookstore adalah untuk menyokong penulis-penulis buku tempatan di Malaysia memasarkan karya mereka. 

Laman web kedai buku Daulah Online Bookstore ini boleh diakses di www.daulah.com.

Daulah Travels & Tours telah ditubuhkan pada 21 Februari 2014.

Syarikat ini merupakan syarikat perlancongan yang menawarkan pelbagai pakej perlancongan yang menarik untuk dalam dan luar negara. Antara negara yang ditawarkan adalah seperti Thailand, Indonesia, Jepun, Korea, Mesir, Turki dan sebagainya. Daulah Travels & Tours turut menyediakan pengurusan pembelian tiket taman tema (seperti Sunway Lagoon, Legoland), tiket penerbangan dan pengurusan pakej Umrah & Haji. Daulah Travels & Tours sudah beroperasi sejak 2014, merupakan syarikat yang berpengalaman dalam menawarkan pakej perlancongan dengan harga yang berpatutan dan menyediakan kualiti perkhidmatan yang terbaik.

Laman web Daulah Travel & Tours adalah www.daulahtravel.com

Daulah Media Group merupakan syarikat digital media yang merangkumi Deenamik dan Komuniti Mesir.

Komuniti Mesir juga ditubuhkan pada 1 Ogos 2017. Ia merupakan sebuah ruang forum perbincangan dan perniagaan untuk komuniti mahasiswa dan rakyat Malaysia, Indonesia, Thailand , Brunei, Singapura dan Filipina yang berada di Mesir.

Laman web Komuniti Mesir adalah www.komunitimesir.com

Deenamik merupakan sebuah agensi media digital yang ditubuhkan pada 13 Ogos 2017. Ia juga merupakan sebuah laman berunsurkan berita-berita viral yang sedang hangat dan trending di dalam mahupun luar negara. Informasi di hujung jari ? Hanya di www.deenamik.com

Yayasan Assegaff adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan memberikan bantuan bagi golongan yang memerlukan. Organisasi ini juga menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang belajar di luar negara. Selain itu, Yayasan Assegaff turut mengendalikan dan membantu syarikat lain yang ingin menyalurkan bantuan kewangan kepada badan-badan amal.