
26 November 2017 – Nu Sentral, Kuala Lumpur. Kumpulan daripada Daulah Media Group dan Daulah Ilmi Plt telah melawat ibu pejabat syarikat e-commerce terkenal iaitu 11street Selasa lalu. Melalui lawatan tersebut, Judy Wong – Senior Manager Public Relation 11street telah memberikan taklimat ringkas mengenai latar belakang syarikat dan perkembangan semasa syarikat 11street. Daripada lawatan tersebut juga, kami dapat mempelajari perkongsian strategi, menjalinkan kerjasama untuk meningkatkan promosi dan branding, serta memantapkan koordinasi sistem e-commerce.